Welcome

  • IMAN DAN HATI

    Assalamualaikum wrh wbt buat semua pembaca/pelawat UPALMY yang dihormati,

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat iman dan islam

    Pada enty kali ini upalmy ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai hubungan iman dan hati dan kesannya kepada diri kita.

    Iman boleh diiibaratkan seperti roller-coaster..turun naik mengikut ”gear” tertentu.
    Pergerakan roller-coaster ke tahap yang lebih tinggi sudah semestinya memerlukan daya yang tinggi berbanding dengan pergerakan roller-coaster menuju ke tempat yang lebih rendah.
    Begitu juga iman. Untuk peningkatan iman sudah tentu memerlukan usaha yang lebih, yakni usaha mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.




















    Kalau kita lihat graph berikut, kita dapat lihat sebenarnya iman ni ibarat gelombang.




















    Iman kita boleh turun dan naik tidak mengira usia. Kenapa boleh jadi macam tu?

    Sudah menjadi lumrah alam untuk membuat kebaikan dan terus istiqamah bukannya perkara yang mudah kerana setiap manusia ada ‘’personal assistant yang tidak diundang’’ iaitu syaitan laknatullah. Sesungguhnya syaitan akan sentisa mempengaruhi kita untuk jauh dari mengingati Allah sepetimana firman Allah yang bermaksud :

    "Syaitan telah menguasai mereka, lalu menjadikan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa golongan syaitan itu adalah golongan yang rugi" [Surah Al Mujadalah : 19]

    Bila syaitan menguasai kita untuk lupa kepada Allah sudah tentulah kita akan melakukan perkara-perkara yang Allah tak suka. Dosa dan maksiat merupakan sebab terbesar terputusnya hati dari Allah.
    Selagi bergelar anak adam...kita akan sentiasa diburu dalam pelbagai bentuk.
    Bagi manusia yang lemah imannya senangla kerja diorang nak hasut kita untuk terus melakukan sama ada perkara-perkara jahiliyyah mahupun perkara-perkara mungkar.
    Tapi bila kita dah buat baik, syaitan akan menimbulkan rasa berpuas hati terhadap diri sendiri dimana kadang-kadang akan lahirnya sifat riak, ujub dan sebagainya. Sudah semestinya sifat-sifat mazmumah ini akan mengundang kemurkaan Allah.
    Maka kita harus berjaga –jaga kerana mereka adalah musuh ketat kita.

    Firman Allah yang bermaksud:

    ”Sungguh, Syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala” [Surah Fatir:6]

    Tidak dinafikan makhluk terkutuk ini sungguh berdedikasi dalam menjalankan tugas bagi melalaikan manusia…mereka tidak kenal erti putus asa bagi menjauhkan kita dari Yang Maha Esa dan mendekatkan kita dgn perkara lagha. Perkara-perkara seperti inilah yang melemahkan iman.

















    Daripada graph di atas kita dapat lihat bahawa iman sudah semestinya berkait rapat dengan hati dan dosa.

    Hadis Nabi SAW yang bermaksud:

    ‘Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.’

    Hati ibarat raja di dalam diri setiap insan…jika raja yang memerintah kerajaan diri sangat teruk, sudah tentulah negara iman akan binasa.
    Sekali buat dosa, setitik noda hitam menghiasi hati. Lantas iman akan hilang kekuatannya. Bila dah banyak kali buat dosa?fikir-fikirkan.

    Jadi apa harus kita buat? Adakah kita hanya berdiam diri membiarkan diri dibelnggu oleh dosa-dosa yang ada?

    Sentiasalah bertaubat kepada-Nya. Seorang Muslim yang cerdik akan sentiasa bertaubat dan beristighfar dalam setiap masa dan keadaan.

    Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

    "Setiap anak Adam itu ada kesilapan ( dosa) dan orang berdosa yang terbaik adalah mereka yang bertaubat" (Riwayat At-Tirmidzi).

    Hati dan hidayah Allah

    Gambar di bawah menunjukkan segelas air yang terisi dengan air yang jernih lagi bersih di mana cahaya dapat menembusinya.




















    Cuba kita bayangkan...kalau dalam gelas di atas terisi dengan air sungai yang sudah tercemar (di mana warnanya sudah tidak lagi jernih, malah warnanya gelap)...adakah cahaya dapat menembusi air tersebut?
    Hati yang bersih dibaratkan seperti gelas yang berisi air yang jernih tu...dan hidayah kurniaan Allah diibaratkan seperti jalur cahaya yang menembusi gelas tersebut..kalau hati kita kotor macam mana nak dapat hidayah? Hidayah adalah petunjuk, jika tiada hidayah maka sudah pastinya kita akan berada dalam kesesatan.

    Jadi pembersihan dan perawatan hati sangat penting bagi setiap individu muslim supaya hidup kita sentiasa dinaungi hidayah-Nya.

    Macam mana nak bersihkan hati? Kaedah-kaedah yang ditunjukkan oleh gambar berikut sedikit sebanyak boleh membantu kita untuk membersihakan hati kita.

    >















    gambar diambil dari www.dakwah.info

    Semoga entry kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat buat semua.Akhir kalam, renungan buat semua:

    Bila kita dekat dengan Allah, syaitan akan jauh dengan kita
    TETAPI..
    Bila kita jauh dengan Allah, syaitan makin dekat dengan kita
    Bila syaitan makin dekat, dosa semakin banyak
    hati semakin kotor
    maka iman makin lemah
    lantas kita akan jauh dengan Allah...na'uzubillah

    sama-samalah kita berusaha untuk membersihkan hati kita supaya iman kita sentiasa segar...para pembaca boleh layari laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai iman dan perawatannya.
    http://ismaweb.net/v2/Article1250.html

    Sekian, wassalam

2 comments:

  1. Anonymous says:

    Alhamdulillah..bagus tazkirah ni.. hakikatnya, manusia tu tahu syaitan adalah musuh yg perlu dijauhi, dan mereka juga sedar hakikat iman yg boleh turun naik cuma selalu sgt lalai n terleka.. so tazkirah yg berterusan amat2 perlu..
    Jzkk 4 d reminder ;)

    Thank you Allah~

Leave a Reply

Followers

ISMA NZ





Massey Exams


Did you know there are
left until the Semester 2 Exams?


Discuss

Featured Media

Featured Files