Welcome

  • BEBERAPA AKHLAK DALAM SUNAH NABI SALLALLAHU ALAYHI WASALAM

    1. Larangan marah atau murka:

    عن أبى هريرة رضى الله عنه أنّ رجلاً قل للنّبيّ صلى الله عليه وسلّم: أو صنى، قال: لا تغضب، فردّد مراراً، قال: لا تغضب
    (رواه البخارى)

    Daripada Abi Hurairah (ra); Sesungguhnya seorang lelaki berkata kepada Nabi (sallallahu alayhi wasalam): Berilah wasiat kepadaku! Baginda (sallallahu alayhi wasalam) bersabda: Jangan marah! Lelaki tersebut mengulangi permintaannya itu berkali-kali, lalu baginda (sallallahu alayhi wasalam) berkata lagi: Jangan Marah!
    (HR Bukhari)

    2. Larangan mempunyai akhlak orang munafik:

    آيـة المنافق ثلاثٌ: إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا ائتمن خان

    Tanda orang munafik ada tiga: Jika bercakap ia dusta, jika berjanji ia mungkir, dan jika diberi amanah ia khianat (HR Bukhari)

    3. Sifat lemah lembut:

    عن عائشة رضى الله عنها أنَّ النَّبيِّ صلّى الله عليه وسلم قال: إنَّ الله رفيقٌ يحب الرِّفق، ويعطى الرِّفق ما لا يعطى، أو ما لا يعطى على ما سواه

    Daripada Aisyah (ra) bahawa Nabi (sallallahu alayhi wasalam) bersabda: Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan Dia suka kepada kelembutan. Dia memberi kepada kelembutan apa yang Dia tidak berikan kepada kekasaran, atau apa yang Dia tidak berikan kepada selainnya.
    (HR Muslim)

    4. Meninggalkan perkara yang tidak berguna:

    عن أبى هريرة رضى الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه

    Daripada Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Di antara kebagusan keislaman seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang sia-sia bagi dirinya.
    (HR Tarmizi – katanya Hadis Hasan)

    5. Mengikuti kebenaran sentiasa, bukan kejahatan:

    لا يكن أحدكم إمعة، يقول: أنا مغ النّاس، إن أحسن النّاس أحسنت وإن أساؤو أسأت، ولكن وطنوا أنفسكم إن أحسن النّاس أن تحسنوا، وإن أساؤوا أن تجتنبوا إساءتهم

    Janganlah salah seorang kamu jadi Im’ah, iaitu orang yang berkata: Saya bersama orang ramai, jika orang ramai baik maka saya pun baik, jika mereka jahat maka saya pun jahat, tetapi tetapkanlah pendirianmu! Jika orang ramai baik hendaklah kamu baik, jika mereka jahat hendaklah kamu hindarkan kejahatan mereka.
    (Hadis Riwayat Tarmizi)

1 comments:

  1. afnan says:

    ikuti akhlak terpuji Rasulullah s.a.w

    surah al-ahzab, ayat 21
    سُوۡرَةُ الاٴحزَاب
    لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا (٢١)
    Verily in the messenger of Allah ye have a good example for him who looketh unto Allah and the Last Day, and remembereth Allah much. (33:21)

Leave a Reply

Followers

ISMA NZ





Massey Exams


Did you know there are
left until the Semester 2 Exams?


Discuss

Featured Media

Featured Files