Welcome
-
Program Persiapan Menyambut Ramadhan 2009 (1430H)
“Ya Allah, pertemukan kami dengan Ramadhan. Bantulah kami Ya Allah untuk menunaikan ibadah puasa dengan sebaik-baiknya dan melakukan Qiam pada malamnya. Ya Allah, terimalah segala amalan kami ini. Amin”
Tarikh : 17-23 Julai ( 24 Rejab- 1 Syaaban)(Menyedarkan hati)
Aktiviti :- Fokus minggu ini ialah untuk mengembalikan kestabilan jiwa dengan perkara berikut:
· Cuba untuk mendapatkan kusyuk ketika solat.
· Tilawah Al-Quran dan sasarkan supaya dapat dikhatamkan apabila tamatnya Ramadhan nanti.
· Membaca artikel di Internet/buku berkenaan Allah,Syurga dan nikmatnya, Zikrullah, Taubat dan sebagainya.
· Berfikir tentang pencapaian Ramadhan tahun lepas.
· Doa semoga Allah bantu kita tabah dalam melakukan ketaatan. Ini merupakan masa yang cukup tepat untuk kita meninggalkan beberapa amalan kurang baik seperti membuang masa dan bersembang kosong.
Tarikh : 24-30 Julai (2-8 Syaaban)(Minggu Puasa dan Quran)
Aktiviti :- Teruskan dengan aktiviti minggu lepas. Minggu ini kita akan fokus pada tazkirah mengenai Ramadhan untuk memberi rangsangan dan motivasi yang berpanjangan.
· Mula puasa sunat Isnin dan Khamis.
· Banyakkan membaca dan mendengar bacaan Al-Quran.
· Cuba habiskan sekurang-kurangnya 4 muka Al-Quran sehari agar dapat dikhatamkan apabila tamat Ramadhan nanti.
· Bertadarus dengan rakan serumah/jiran selepas solat Maghrib setiap hari.
Tarikh : 31 Julai-6 Ogos (9-15 Syaaban)(Minggu Fajar,Zikir dan Sedekah)
Aktiviti :- Teruskan dengan aktiviti 2 minggu lepas.
· Tunaikan solat Subuh pada waktunya dan dua raka’at sebelumnya.
· Banyakkan amalan sedekah.
· Amalkan zikir di masa lapang selain zikir al-Ma’thurat selepas Subuh.
· Pelajari jenis-jenis sedekah selain harta (senyum,perkataan yang baik, menolong orang Islam..)
Tarikh : 7-13 Ogos (16-22 Syaaban)(Minggu Qiam dan Amalan Sunat)
Aktiviti :- Teruskan dengan aktiviti 3 minggu lepas.
· Mulakan dengan Qiamulail 2 kali dalam seminggu.
· Tunaikan 2 rakaat witir selepas Isya’@ sebelum tidur.
· Berusaha agar dapat bangun pagi 30 minit sebelum azan Subuh. Iltizam dengan solat sunat Rawatib.
· Iltizam dengan Tilawah Quran selepas Subuh hingga terbit matahari. Lakukan sekali seminggu sebagai permulaannya iaitu pada masa cuti. Boleh ditambah dengan solat sunat dhuha.
· Cuba atur jadual pemakanan anda agar ia benar-benar menyihatkan dan elak makan dengan kuantiti yang terlalu banyak. Ini penting bagi memastikan Ramadhan yang bakal menjelang itu nanti sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh Allah dan bukannya pesta makan!
Tarikh : 14-21 Ogos ( 23-30 Syaaban)(Minggu Doa dan Taubat)
Aktiviti :- Teruskan dengan aktiviti 4 minggu yang lepas.
· Minggu ini merupakan minggu persiapan terakhir.
· Banyakkan doa dan istighfar. Mohon agar dipertemukan dengan Ramadhan, diberi kekuatan untuk melakukan ketaatan pada bulan Ramadhan nanti dan diterima segala amalan yang kita lakukan.
· Bertaubat sepenuhnya di atas segala keterlanjuran sebelum ini, dan mulakan lembaran baru dengan mengingati Allah
· Eratkan silaturrahim dengan ahli keluarga dan rakan-rakan dan menjadikan Ramadhan dan persediaan menyambutnya sebagai topik perbualan (ziarah,telefon,txt,email,ym dan sebagainya)
Selamat beribadah !!
0 comments: