Welcome
-
Israk Mikraj...Apa kisahnya? [Part 3]
Oleh : Hafiz Firdaus
Sesudah itu aku turun ke tempat Musa a.s, Musa bertanya “Apa yang telah diwajibkanTuhanmu kepada umatmu?” Jawabku, “Solat 50 kali.” Kata Musa, “Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan, kerana umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri telah mencuba terbadap Bani Israil.”
Kata Nabi SAW., “Aku kembali kepada Tuhanku lalu aku memohon, “Ya Tuhan! peliharalah umatku keringanan!’ Maka Allah menguranginya lima.” Sesudah itu aku kembali kepada Musa. Kataku, “Allah menguranginya lima.” Kata Musa , “Umatmu tidak akan sanggup menunaikannya sebanyak itu. Kerana itu kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan.”
Kata Nabi SAW selanjutnya, “Aku jadi berulang-ulang pulang pergi antara Tuhanku dengan Musa, sehingga akhirnya Allah berfirman: “Kesimpulannya ialah solat lima kali sehari semalam satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh solat; maka jumlah nilainya 50 juga. Dan siapa yang bermaksud hendak berbuat kebajikan, tetapi tidak dilaksanakannya, dituliskan untuknya (pahala) satu kebajikan. Apabila dilaksanakannya, ditulis baginya (pahala) sepuluh kebajikan. Dan siapa bermaksud hendak berbuat kejahatan, tetapi tidak jadi dilaksanakannya, tidak akan ditulis apa-apa baginya. Tetapi jika dilaksanakannya, maka ditulis baginya balasan satu kejahatan.”
Sesudah itu aku turun kembali ke tempat Musa a.s lalu kuceritakan kepadanya apa yang difirmankan Tuhanku itu. Kata Musa, “Kembalilah kepada Tuhanmu, dan mintalah keringanan.” Jawab Rasulullah SAW., “Aku telah berulang kali kembali kepada Tuhanku meminta keringanan, sehingga aku malu kepada-Nya?"(Muttafaqun Alaih)
Peristiwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Israk dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa dan Mikraj ke langit adalah salah satu mukjizat terbesar yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada baginda. Malah boleh dikatakan bahawa ia adalah kemukjizatan baginda yang kedua terbesar sesudah al-Qurâan al-Karim. Syaikh Najmuddin al-Ghaithiy berkata:
Segenap kaum muslimin telah bersepakat untuk menerima kebenaran peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, iaitu satu malam di mana baginda diperjalankan oleh Allah Azza wa Jalla dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di Palestin dan dinaikkan ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha.
Tujuan Israk dan Mikraj adalah agar hamba-Nya dan Rasul-Nya (Muhammad shallallahu alaihi wasallam) dapat menyaksikan secara langsung betapa besar kekuasaan Allah Subhanahu wa Taala serta keajaiban-keajaiban ciptaan-Nya yang tidak mungkin diketahui oleh manusia di bumi dan tidak terjangkau oleh akal fikiran mereka. Ia adalah sesuatu yang hanya dapat dijangkau oleh keimanan yang mantap, teguh lagi suci.
Kita sebagai umat yang beriman menyedari bahawa mukjizat baginda yang berupa peristiwa Israk dan Mikraj adalah sesuatu yang sungguh besar, sungguh ajaib serta mengkagumkan sesudah mukjizat baginda berupa kitab suci al-Quran yang sehingga sekarang bahkan sehingga bila-bila jua dapat disaksikan (kemujizatan) isi kandungannya.
Israk dan Mikraj merupakan satu peristiwa yang agung kerana tiada seorang Nabi mahupun Rasul yang diberi penghormatan oleh Allah Subhanahu wa Taala untuk mengalaminya. Hanya Nabi Muhammad shallallahu alaihi wasallam sahaja yang diberi anugerah ini. Ia adalah satu tanda ketinggian dan keagungan baginda di sisi Allah Azza wa Jalla.[Qishah al-Mikraj (edisi terjemahan oleh A. Zakiy dengan judul Menyingkap Rahasia Israâk Mikraj Rasulullah; Pustaka Setia, Bandung 2000), ms. 13]
Page source : http://intisonline.com/artikel/isra-dan-miraj-di-sisi-ahlussunnah/
2 comments:
-
Salam
ada yang mencadangkan untuk beli kitab Sahih Isra' wal Mi'raj oleh al-Muhaddith al-Albani.
(nanti balik Mesia try cari kat kedai buku Fajar Ilmu, Jln Masjid India kot-kot ada..kalau takdak, boleh pegi Indon ler..;) p/s:boleh tolong beli tafsir Ibnu Kathir sama untuk anak-anak Palmy guna as reference:D Sana murah skit)
Baru habis baca. Artikel yang baik. Jazakallah khair!
Mana nak dapat info tambahan eh?