Welcome

  • Israk Mikraj...Apa kisahnya? [Part 1]

    Isra’ dan Mi’raj: Mukjizat Rasulullah Yang Kedua Terbesar
    Oleh : Hafiz Firdaus Abdullah

    Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda :

    Jibril membawakan kepadaku seekor ‘Buraq’, iaitu sejenis haiwan berwarna putih, lebih panjang dari keldai dan lebih pendek daripada baghal, Ia dapat melompat sejauh mata memandang. Haiwan itu lalu kutunggangi sampai ke Baitul Maqdis.

    Sampai di sana haiwan itu ku tambatkan di tambatan yang biasa digunakan para Nabi. Kemudian aku masuk ke dalam masjid dan solat di situ dua rakaat.
    Setelah aku keluar, Jibril datang membawa dua buah bekas (balang) yang satu berisi arak dan yang satu lagi berisi susu. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.


    Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, Jibril ditanya, “Kamu siapa?” Sahut Jibril, “Aku Jibril!”

    Tanya : “Siapa bersama kamu?” Jawab : “Muhammad!” Tanya : “Sudah diutus?”
    Jawab : “Ya, dia sudah diutus!”

    Setelah itu barulah pintu dibukakan untuk kami. Tanpa disangka, aku berjumpa dengan Adam a.s. Beliau mengucapkan ’selamat datang’ kepadaku serta mendoakanku semoga beroleh kebaikan.

    Kemudian kami naik ke langit kedua. Jibril a.s minta dibukakan pula pintu.

    Lalu dia ditanya, “Siapa kamu?” Jibril menjawab, “Aku jibril!”

    Tanya : “Siapa bersama kamu?” Jawab : Muhammad!”

    Tanya : “Apakah dia sudah diutus?” Jawab ; “Ya, dia sudah diutus!”

    Setelah itu barulah pintu dibukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan dua orang; anak dan paman, iaitu ‘Isa anak Maryam dan Yahya bin Zakaria ‘alaihimas salam. Keduanya mengucapkan ’selamat datang’ kepadaku, serta mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.

    Kemudian aku dibawa lagi naik ke langit ketiga. Jibril minta di bukakan pula pintu. “Siapa kamu?” Jibril menjawab, “Aku Jibril!”

    Tanya : “Siapa bersama kamu?” Jawab : Muhammad!”

    Tanya: “Apakah dia sudah diutus?” Jawab ; “Ya, dia sudah diutus!”

    Lalu pintu dibukakan bagi kami. Tanpa disangka, aku bertemu dengan Yusuf a.s yang kecantikanannya seperdua dari seluruh kecantikan yang ada. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku beroleh kebaikan

    Sesudah itu kami dibawa naik ke langit keempat. Jibril a.s minta supaya dibukakan pula.

    Dia ditanya Siapa kamu?” Jibril menjawab, “Aku Jibril!”

    Tanya: “Siapa bersama kamu?” Jawab: Muhammad!” Tanya: “Apakah dia sudah diutus?” Jawab: “Ya, dia sudah diutus!”

    Lalu pintu dibukakan bagi kami. Tiba-tiba...

0 comments:

Leave a Reply

Followers

ISMA NZ





Massey Exams


Did you know there are
left until the Semester 2 Exams?


Discuss

Featured Media

Featured Files