Welcome
-
Rehlah Membina Ukhuwah
Assalamua'alaikum..
15 Mei 2010- Hari sabtu yang hujan, tidak menghalang aktiviti rehlah ikhwah Palmy. Walaupun tak dapat beriadah di padang, namun semangat untuk bersukan tidak padam. Kami terus book court pingpong di recreation centre Massey. Berbekalkan 4 bat dan sebiji bola ping pong, masing2 menunjukkan kemahiran dan kehandalan masing2 mengetuk, memukul, memutar etc bola pingpong itu. Jom tengok gambar di bawah.
Setelah penat bermain, kami diberi tazkirah ringkas "Kepentingan Rehlah" oleh saudara Hafezz. Dan disambung pula dengan kupasan ringkas mengenai "Virus-virus Ukhuwah" oleh saudara Abidi. Antara apa yang dikongsi tadi adalah dari petikan surah al-Asr.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati kepada kebenaran, dan saling menasihati kepada kesabaran.
Surah ini menerangkan 4 ciri penting yang mana apabila kita tinggalkan salah satu darinya, kita adalah dalam golongan orang yang rugi. Ciri yang pertama beriman, kedua kerjakan amal soleh, ketiga berpesan kepada kebenaran dan keempat berpesan kepada kesabaran. Oleh itu, apa yang kita faham adalah peranan seseorang individu untuk melaksanakan pesanan kepada saudara dia yang lain. Di sini letaknya kepentingan untuk berukhuwah, atau nama lainnya eratan silaturahim. Jika kita tiada saudara atau kawan, suka menyendiri, dan tidak bergaul dengan orang lain, bagaimana mungkin kita dapat memenuhi salah satu dari 4 ciri yang penting itu iaitu berpesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran.
Jazakumullah khair di atas perkongsian antum.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Moga rehlah kami, ukhuwah antara kami diberkati Allah. Moga hubungan persaudaraan antara kami kekal sampai akhir hayat. Moga kami terus menerus berada dalam keimanan kepada Allah.
InsyaAllah amin
Anas bin Malik, may Allah be pleased with him, narrated:The Prophet (may peace and blessings be upon him) observed: None among you will be a truthful believer till he likes for his brother or for his neighbor that which he loves for himself.
###########################################
3 comments:
-
orang dunedin berani ye nak lawan dengan orang palmy.. mari mari !!
>:)
Leave a Reply
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bila nak main pingpong lagi??