Welcome

  • Jaulah Akhwat ke Wanganui


    Assalammualaikum w.b.t,

    Jaulah ke Wanganui. Kami pilih Wanganui sebagai destinasi Jaulah Akhwat Palmy yang dibuat semasa weekend kedua Autumn Break. Kenapa Wanganui? Bunyi macam dekat dan tiada apa yang menarik tetapi apa yang kami rasakan berbeza.

    Sebelum memulakan perjalan, kami bersepuluh memulakan dengan bacaan doa semoga segala urusan dimudahkan Allah S.W.T. Kami juga dicadangkan agar berbincang mengenai 'Apa itu Usrah' & 'Apa yang diharapkan dari Usrah' di dalam kereta sepanjang perjalanan.
    Menggunakan dua route yang berlainan pada pergi dan balik membuatkan jaulah nampak lebih rancak dan menyeronokkan. Route pergi melalui Himatangi Beach. Subhanallah cantiknya tak terungkap dek kata-kata. Walaupun nampak kosong berbanding pantai-pantai di Malaysia yang penuh dengan stalls dan facilities yang memudahkan para pengguna namun hati kami rasa begitu teruja, jiwa terasa keagungan-Nya menciptakan pantai yang berhubung dengan laut nan luas tak tercapai dek pandangan mata. Diri rasa kecil dan hina dibandingkan dengan lautan luas terbentang.

    “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan ersediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.”
    (33: 72)



    Himatangi Beach.


    Disana, kami makan pagi dan menunaikan solat Dhuha berpandukan arah bayang-bayang. Bagi setengah antara kami, itulah kali pertama menggunakan kaedah mencari arah kiblat sebegini. Perbincangan dilakukan untuk tentukan mana satu arah matahari terbenam.
























    Makan dan berehat sebentar.

    Di dalam kereta, semua rancak membincangkan tentang usrah. Kadang-kala bibir dilatih menyebut Subhanallah lantaran kecantikkan pemandangan di sepanjang perlajanan. Destinasi seterusnya sebelum mejejaki daerah Wanganui adalah Dudding Lake yang dipilih secara random.























    Dudding Lake.


    Kami seterusnya meneruskan perjalan ke City of Wanganui. Bandar yang terletak di kawasan delta ini memang cantik. Disusuri dengan sungai ibarat bandar dalam taman seperti Putrajaya. Destinasi persinggahan kami adalah Top 10 Holiday Park - Wanganui. Lunch dan solat untuk menghilangkan penat dan mengisi perut yang kelaparan. Kemudian, kami bersukan. Bermain bola tampar dan soccer yang bertiang golkan daun. Rasa penat kerana lama tak bersukan tapi semuanya menunjukkan semangat dan memberikan kerjasama yang baik.


























    Bola tampar.

    Selepas aktiviti ini, kami berhenti solat dan meneruskan aktiviti fizikal dengan berkayak dan berenang.


























    Kayaking.


    Pada malam hari, setelah penat melakukan aktiviti fizikal, selepas solat Maghrib, kami berhalaqah membincangkan 10 Ciri-ciri Muslim Sejati. Oleh kerana kami bersepuluh, maka seorang akan menyampaikan tentang satu sifat. Banyak ilmu dan peringatan yang dikongsi.

    And remind, for the reminder benefits the believers [51:55]

    Subuh esoknya kami mulakan dengan poco-poco sebagai salah satu senam robik sebelum breakfast. Selepas bersiap dan berkemas untuk check out, kami merancang untuk tramping, jadi, kami meneruskan perjalan ke kawasan pedalaman Wanganui. Ditakdirkan kami tak berjumpa siapa-siapa untuk ditanya sepanjang perjalanan dan tempat untuk memulakan tramping tidak dijumpai. Alhamdulillah kami melalui satu viewpoint yang sangat cantik.


























    At an unknown view point.

    Kata orang, 'pemandangan yang ibarat dilukis'. Tapi, Allah menjadikan ia mudah:

    "Jadilah!" Maka terjadilah ia [36:82]


    Kami kemudian berangkat ke Masjid E-Bilal sebelum singgah di rumah kenalan kami. Disana, dengan takdir Allah kami bertemu Pakcik Mason dan anaknya Ghazi.




























    Masjid E-Bilal bersama Ghazi

    Makcik Rohani dan Pakcik Mason. Satu-satunya keluarga Melayu Muslim di daerah ini. Dihidangkan dengan karipap panas dan nasi ayam memang boleh dikatakan nikmat yang tak terkatakan. Two thumbs up untuk masakan Makcik Rohani! :D
























    Bersama Pakcik Mason dan Makcik Rohani serta anak mereka, Suffian di hadapan rumah mereka.


    Ketika mahu berundur pulang, mereka sekeluarga mengajak kami ke Wanganui Tower. Subhanallah, pemandangan yang tiada nilainya, yang tak dapat dicapture oleh mana-mana kamera sekalipun. Pemandangan yang begitu indah, tambahan pula kami datang ketika waktu sunset. Hanya mata dan memori yang ada dapat menyingkap betapa cantiknya alam Wanganui ciptaanNya.








    Pemandangan dari Wanganui Tower.





















    Wanganui Tower.





































    Pemandangan dari atas. Atas sekali dipagari besi supaya kejadian bunuh diri tidak berulang.



    Kami pulang dalam keadaan penat dan sangat berpuas hati kerana layanan yang sangat meriah oleh mereka sekeluarga. Harapan kami agar ukhwah yang dibina antara sesama kami dan juga antara keluarga Pakcik Mason terus terbina atas dasar satu shahadah :)


























    Ya Allah,
    Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu,
    Bertemu untuk mematuhi perintah Mu,
    Bersatu memikul beban dakwah Mu,
    Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu,
    Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
    Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
    akan jalanNya,
    Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap,
    Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan
    keindahan tawakkal kepada Mu,
    Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang Mu,
    Jika Engkau takdirkan mati,
    Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada
    dalam perjuangan agama Mu,
    Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

    Sampai bertemu lagi, insyaAllah :)

1 comments:

  1. pedang setiawan says:

    macam best je wanganui

Leave a Reply

Followers

ISMA NZ





Massey Exams


Did you know there are
left until the Semester 2 Exams?


Discuss

Featured Media

Featured Files