Welcome

  • Islam Agama Susah?

    Soalan : Islam Agama Susah kerana - solat 5 kali sehari, puasa, zakat, tutup aurat, tidak boleh makan babi, tidak boleh minum arak, dan lain-lain.

    2:185 - Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran"

    4:28 - "Allah hendak meringankan (beban) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah".

    22:78 - "Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama"

    2:286 - "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"

    Hadith Bukhari 8:6125 "Permudahkan jangan disusah-susahkan.Gembirakan jangan ditakut-takutkan".

    2:216 - Boleh jadi benda yang kita benci adalah baik untuk kita, dan benda yang kita suka adalah buruk untuk kita."

    Analogi : Budak kecil dan api; Kita diwajibkan ke sekolah.

    Sebagai kanak-kanak yang masih kecil,kebiasaannya mereka tidak faham kenapa ibubapa mereka melarang atau menyuruh melakukan sesuatu perkara, sebagai contohnya, bermain api atau pergi ke sekolah.Begitu juga manusia. Setiap larangan Allah itu ada sebab musabab nya yang tersendiri.Sebahagian daripadanya mudah kita fahami.Sebahagian yang lain memerlukan kajian jika hendak difahami.

    Adalah tidak menjadi kesalahan untuk mengkaji hikmah (sebab musabab) sesuatu perkara itu sama ada disuruh atau dilarang oleh Allah.Juga bukanlah kesalahan jika seseorang menerima suruah dan larangan Allah tanpa memerlukan apa-apa penjelasan (terima bulat-bulat).Cuma apabila kita berdepan dengan seseorang yang mempunyai masalah untuk menerima suruhan atau larangan Allah, maka adalah satu kelebihan jika kita tahu bagaimana untuk menjelaskan hikmah-hikmah tersebut.

    Persoalan tambahan oleh Atheist : "Lebih baik tiada agama supaya tidak terikat dengan apa-apa peraturan".

    Analogi : Peraturan jalan raya.

    Bayangkan jika secara tiba-tiba semua peraturan jalan raya dihapuskan.Tidak perlu ikut lampu isyarat.Semua kenderaan boleh dipandu mengikut arah yang dikehendaki.Maka apakah yang berlaku kepada kita semua?

    Bersambung di lain kesempatan Insya Allah.

1 comments:

  1. afnan says:

    good analogy =)

Leave a Reply

Followers

ISMA NZ





Massey Exams


Did you know there are
left until the Semester 2 Exams?


Discuss

Featured Media

Featured Files