Welcome

  • Ramadhan Semakin Meninggalkan Kita

    RAMADHAN PERGI SYAWAL KEMBALI

    Ramadhan semakin meninggalkan kita. Berat rasa hati berpisah dengan tetamu agung yang satu ni. Adakah kita sempat berkesempatan bertemu dengan Ramadhan yang berikutnya? Wallahu’alam...Semoga madrasah Ramadhan kali ini berjaya membentuk peribadi kita ke arah muslim/muslimah yang lebih baik dari sebelumnya, insyaAllah.

    Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT berfirman dalam sebuah hadis qudsi yang bermaksud: Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan amalan puasa tersebut. (riwayat Muslim).

    Betapa kasih dan cinta Allah dekat kita, sampai buat baik seberat zarah pon dapat pahala.
    Firman Allah yang bermaksud: Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam buku amalannya). (al-Zalzalah: 7).

    Sepanjang bulan Ramadhan kita dapat lihat perubahan kawan-kawan, abang2, kakak2, pakcik2, makcik2 dan sebagainya. Semuanya berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan di bulan yang penuh keberkatan ini. Ramai yang bertungkus lumus bertadarus untuk menghabiskan 30 juzu’ Al-Quran, ada juga yang bersemangat solat berjemaah di masjid dan sebagainya. Pendek kata, masa lapang terisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...tidak dinafikan Ramadhan berjaya menaikkan semangat umat Islam untuk beribadat kepada-Nya.

    Muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah sekalian,

    Adakah bulan puasa je baru nak baca Al-Quran dan tadabbur? Adakah bulan puasa baru nak bersedekah? Adakah bulan puasa je baru nak solat berjemaah di masjid (bagi lelaki)?

    Daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tingkatkanlah amalanmu dengan baik, atau lebih dekatlah kepada kebaikan, dan bergembiralah, kerana amalan seseorang itu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga. Para sahabat bertanya, "Adakah amalanmu juga begitu, wahai Rasulullah"? Jawab Rasulullah SAW: "Amalanku juga begitu. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmat-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah amalan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit". (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    “dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit” dalam erti kata lain adalah istiqamah..Jadi seharusnya amalan2 sunat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan adalah baiknya jika kita kekalkan perlaksanaannya selepas Ramadhan sekalipun.


    Meneruskan amalan Qiamullail dan ibadah lain

    Daripada Abu Umamah r.a Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang melaksanakan qiamullail pada dua malam Eid (Aidil Fitri dan Aidil Adha), dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT, hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati manusia." (riwayat Ibn Majah)

    Niat untuk bangun malam melakukan amal ibadah tidak hanya berkutat atau berhenti pada pepatah Melayu 'hangat2 tahi ayam'.

    Rasullullah mencela umatnya ketika melakukan suatu perkara ghairah melakukannya di peringkat permulaan namun layu terkulai di penghujungnya.

    Daripada Abdullah bin Amr ibn al-As berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Abdullah, janganlah engkau seperti si pulan, suatu ketika dahulu dia melakukan solat malam (tetapi sekarang) dia tidak melakukannya lagi." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)


    Melakukan puasa enam hari dalam bulan Syawal


    Daripada Abu Ayyub Al-Ansari r.a sesungguhnya dia telah dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringi puasanya dengan enam hari dari bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun." (riwayat Muslim)


    Meneruskan amalan bersedekah

    Daripada Abu Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: "Ya Allah, berikanlah ganti (kembangkanlah harta) bagi orang-orang yang berinfak (menghulurkan sedekah)" dan satu yang lain pula berdoa, "Ya Allah, binasakanlah harta orang-orang yang kikir (kedekut)". (riwayat al-Bukhari dan Muslim)


    Istiqamah menjauhi amalan yang bertentangan

    Istiqamah itu bukan sahaja dituntut dalam perihal amal kebaikan sahaja, akan tetapi istiqamah turut dituntut dalam meninggalkan perkara-perkara yang keji dan berdosa.

    Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah. Dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu sedang mereka mengetahui akan salahnya dan akibatnya. (ali-'Imran: 135)

    Dalam suasana meraikan kedatangan Syawal dan Aidilfitri khasnya, umat Islam dilarang melakukan amalan yang bertentangan dengan syariat Islam. Antaranya:

    1. Membazir dan berlebih-lebihan dalam berbelanja.

    Perbuatan ini amat bertentangan dengan perintah Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud, Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. (al-Isra': 27)

    2. Hilangnya perasaan kasih sayang dan simpati terhadap fakir miskin. Perlakuan ini bertentangan dengan sabda baginda SAW.


    Daripada Abu Said al-Khudri r.a, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan syurga; dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya; dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga". (riwayat al-Tirmidzi)

    3. Meniru cara atau etika orang-orang kafir dalam berpakaian ketika menyambut Aidilfitri terutama wanita.

    Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu. (al-Ahzab: 33)
    Daripada Ibn Umar r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia termasuk dalam golongan mereka". (hadis sahih riwayat Abu Dawud).

    4. Meninggalkan solat berjemaah di masjid. Perlakuan ini bertentangan dengan anjuran Rasulullah agar menunaikan solat secara berjemaah di masjid bagi kaum lelaki.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Solat berjemaah itu adalah lebih baik daripada solat bersendirian iaitu sebanyak 27 darjat (ganjaran)." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
    Sebagai kesimpulan, aidilfitri adalah bukti kesyukuran hamba atas segala limpah kurniaan Allah yang Maha Kuasa.
    Akhir kata, semoga setiap amalan kita diterima oleh Allah…semoga kita semua mendapat keampunan dari Nya...amin

























    Sumber : Utusan Malaysia

    http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

3 comments:

  1. Eid mubarak antum uPalmy!

    This is a very good reminder for all of us. Jazakallah khair for sharing.

    I just want to state that the hadith "Barang siapa yang melaksanakan qiamullail pada dua malam Eid (Aidil Fitri dan Aidil Adha), dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT, hatinya tidak akan mati pada hari matinya hati-hati manusia." is a weak hadith as noted in Tadhkirat al-Mawdu’at vol. 1 pg. 47.

    May Allah accept our deeds. Ameen.

  1. I have just read another source that says the hadith above is not weak (dhaif) but (maudhu') false.

    Allah knows best.

  1. Source: Ahkamul 'Aidain by Sheikh Ali Hasan ibn Ali Alhalabi Alathari.

Leave a Reply

Followers

ISMA NZ





Massey Exams


Did you know there are
left until the Semester 2 Exams?


Discuss

Featured Media

Featured Files