Welcome
-
menjadi muslim cemerlang dan tips for a new semester
MENJADI MUSLIM CEMERLANG
Belajar merupakan satu ibadah jika berlandaskan syariat Islam. Tip-tip yang boleh diambil adalah :
1.Memeperbetulkan dan meluruskan niat - iaitu belajar untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : - “Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya.."
Ramai pelajar hari ini belajar sebab nak dapat ijazah/diploma SEMATA-MATA sehinggakan bangga diri dengan keputusan pepriksaan, ijazah yang diperoleh. Ada juga yang belajar sebab mahukan pujian jika mendapat keputusan yang bagus ataupun pekerjaan yang baik. Sebagai seorang Muslim, kita mestilah mempunyai kesedaran di mana menuntut ilmu adalah untuk berbakti pada Islam, kaum muslimin dan menuntut ilmu adalah untuk membangunkan negara dan memperbaiki kerosakan masyarakat. Dengan itu, aktiviti pembelajaran menjadi ibadah kepada Allah SWT yang mendekatkan Tuhan kepada hamba-Nya. Maka dengan itu, setiap amal ibadah kerana Allah pastinya mendapat ganjaran di sisi-Nya, insha Allah.
Semoga kita sama-sama dapat memeprbetulkan niat kita, belajar untuk mendapatkan keredhaan Allah dan pada yang sama ia adalah medan bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi mendapatkan pekerjaan yang bagus supaya boleh berbakti kepada agama kelak, insha Allah.
2.Menyedari hakikat bahawa asas keilmuan moden apda hari iniadalah datangnya dari ilmuan Islam. Sebagai contoh, Ibn Sina, Khawarizmi dan sebagainya. Kalau saintis Islam zaman dahulu boleh berjaya dalam penyelidikan mereka, serta menghasilkan theory-theory yang menjadi sumber kepada theory yang dikeluarkan oleh saintis barat, kenapa kita pada hari ini tidak boleh? Kenapa kita membiarkan semuanya dimonopoli oleh barat?
Kita belajar bukan sebab nak exam sahaja tetapi ilmu yang dipelajari mestilah dikaitkan dengan kehidupan umum. Selain itu, ilmu yang ada mestilah dikaitkan dengan kebesaran Allah SWT. Sebarang bentuk penemuan yang menakjubkan dalam bidang sains contoh-Nya merupakan salah satu bukti kebesaran Allah SWT.
3.Memahami aspek kepentingan moral adalah lebih penting berbanding aspek keilmuan yang lain. Sebagai pelajar Muslim, kita harus punya kesedaran untuk mengaplikasikan segala adab-adab yang dianjurkan oleh Islam serta memaksa diri untuk komited dengannya. Sebagai contoh, membiasakan diri dengan sifat amanah, jujur, tidak membuang masa, menepati janji, menjauhi akhlak-akhlak yang tercela dan berakhlak mulia.
4.Mengamalkan membaca dan mentadabbur Al-Quran setiap hari. Selalu berzikir pada Allah, berlindung kepada Allah dari syaitan sebelum memulakan sebarang aktiviti, serta menjawab soalan ujian dengan basmallah dan memohon bantuan kepada Allah.
5.Memberi perhatian yang cukup kepada pelajaran. masa itu adalah satu amanah. Seorang pelajar yang cemerlang mampu untuk membahagikan masanya antara belajar, aktiviti kerohanian dan sebagainya. Masa yang ada tidak akan disia-siakan agar keberkatan masa itu tidak hilang.salah satu tanda keberkatan masa itu hilang, adalah bila kita merasakan masa yang kita ada tidak mencukupi.mungkin keberkatan itu hilang sebab kita menghabiskan masa yang terlalu lama untuk membeli belah, chatting tanpa sebarang manfaat, bermain game secara keterlaluan dan sebagainya.perlu ada keseimbangan antara kecemerlangan akademik, rohani dan jasad.
6.Membuat jadual yang teratur dan menitikberatkan mutaba’ah (follow –up) amal. Be a good planner. We may fail if we fail to plan. Jadual belajar mestilah disusun secara rapi dan dalam masa yang sama kita harus punya rekod amal ibadah kita contohnya berapa muka surat Al-Quran yang kita baca sehari, bagaimana kekerapan qiamullail kita, hafazan kita, aktiviti kita bersama teman-teman bagi mengeratkan ukhuwwah ; semuanya memerlukan plan yang rapi supaya kita boleh membahagikan masa sebaik-baiknya antara belajar dan aktiviti lain. Jangan study sampai ganggu masa tidur dan jangan tidur berlebihan sehingga mengganggu masa study dan aktiviti lainnya.
7.Bersihkan hati. Hati-hati menjaga hati. Ilmu susah nak masuk dan melekat dalam hati yang kotor. Punca hati kotor; antaranya berdendam, iri hati, sombong, riak dan banyak lagi.boleh check lagu opick yang bertajuk Tombo Hati…unt mendapatkan tips membersihkan hati.
8.Rajin dan komited. tidak malas belajar. bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu tugasan dan tidak sambil lewa amahupun melepaskan batuk di tangga. Tidak ponteng kelas kecuali sakit ataupun ada hal yang tidak dapat dielakkan.
9.Jadikan kegagalan sebagai 'pembakar semangat' untuk menempa kejayaan pada masa hadapan. Kegagalan masa lalu adalah sebagai peringatan kepada diri supaya kita berusaha kearah lebih baik dan menjadi lebih optimistik. Kadangkala kita telah berusaha sehabis baik tapi tak berjaya juga. Jika begitu, jangan menyalahi takdir, sebaliknya panjatlah kesyukuran sebanyak-banyaknya kerana ujian yang Allah timpakan kepada kita adalah satu rahmat; supaya kita muhasabah diri, memperbaiki diri. Bersangka baiklah dengan Allah. Perlu ingat bahawa besar ganjaran pahala yg diperoleh andainya kita bersabar dengan ujian yang kita terima.
How to Prepare for a New Semester
Step 1
Scope out a convenient place to study somewhere on campus that is free of distractions.
Step 2
Buy your books before classes begin in the new semester and go ahead and skim through them and start to read them.
Step 3
Try loose-leaf paper and binders to better organize your notes. This also makes it easy to insert class handouts right next to the page you took notes on for a particular day in class.
Step 4
Try to get to know your professors and instructors early on in the term, before you have any problems during the semester.
Step 5
Always remember to talk to your professors or instructors if you have any questions.
Step 6
On the first day of classes, get the name, phone number, and/or e-mail address of one or two of your classmates in each course if you need a study partner or so that you can get information about days you missed if your are sick or have to go out of town.
Step 7
Plan out your semester on a monthly calendar. Use the syllabus from each course to record test days and due dates of assignments, projects, and papers. Mark times for events, appointments, and vacations or holidays.
Step 8
Take time to plan know activities each week on a weekly planner. Connect this with your monthly calendar in Step 7. Assign time on the weekly planner to study and do assignments.
Step 9
Connect daily to keep up with assignments, papers, and readings for each class. Check in daily with your weekly planner. Try to identify and prioritize goals.
Step 10
Finally, and most importantly, remember to balance each area of your life –work, school, social, physical, and spiritual. This helps to reduce stress and anxiety and greatly improves academic performance. It also helps improve your overall level of health and well-being and helps you become a more well-rounded individual.
artikel2 di atas dipetik dan diolah dari:1.http://www.scribd.com/doc/8984352/Pelajar-Muslim-Cemerlang2.http://www.ehow.com/how_4490082_prepare-new-semester.html
KEPADA YANG AKAN MEMULAKAN SEMESTER BARU, WARGA MASSEY UNIVERSITY KHUSUSNYA, SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!SELAMAT MENJADI MUSLIM YANG CEMERLANG!
1 comments:
Leave a Reply
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
If only I read this way back in first year. Thank you for sharing.